Episod 1:Diari Semalam

Cinta memberi rasa suka dan duka,
Tetapi Cinta aku dan dia hanyalah Sementara.

19 Disember 2002

Orang kata cinta itu buta,betulkah cintu itu buta tapi menapakah tidak pekak dan bisu.Orang kata cinta itu datang dan pergie dan sukar ke berkekalan ke syurga tapi mengapakah banyak yang putus di tengah jalan.Itu orang katalah tapi bagi saya sepanjang alam percintaan saya mempunyai had batasan masanya. Yang jauh lebih pendek masanya berbanding orang lain.Oleh itu,saya tidak mempunyai banyak ruang untuk membazir masa..Saya mahu sepanjang kehidupan ini penuh dicerahi oleh cahaya matahari di waktu pagi dan cahaya bulan di waktu malam untuk kehidupan ini…Saya yang dikenali sebagai Zul mengetahui perkara ini apabila sejak berumur 10 tahun lagi.Pada waktu itu saya bermain-main dengan anak Doktor Syukri iaitu Ika yang lebih tua 2 tahun di Hospital Besar KJ..


“Wow,Menakjubkan!!!jantung awak berdetak dengan cepat”jelas Ika sambil check badan Zul.

“Tapi doktor Ika,saya tidak yakin”kata Zul

“Apa yang terjadie”tanya Ika

“Saya berasa takut dan terasa sakit di dada saya kadang-kadang”

“Itu kelihatan teruk.Mari sini untuk saya periksa keadaan anda,tolong tanggalkan pakaian anda sekarang”Ika pun cuba menanggalkan baju Zul.

“Tunggu sekejap.kenapa?Apa yang kamu nak periksa saya”Zul menepis tangan Ika sambil meronta-ronta melepaskan pegangan Ika.

“Tanggalkan je…Saya kan doktor..saya dah biasala untuk mengawal situasi sebegini..Jadi tanggalkan je ok”sambil memegang jarum untuk mencucuk Zul.

“jururawat!jururawat!tolong2”

Tiba-tiba

“Ika,lihat disana ada bunga api la”Zul menunjuk di luar jendela.

Mereka terus berlari menuju ke luar hospital dan bersama-sama menikmati pemandangan itu.

“Wah!cantiknya kan Zul..ia berwarna-warni”Kata Ika.

“Ye,Ika.Kejap,saya mahu mencari ibu bapa saya untuk tangkap gambar ini,tunggu saya sekejap ok”

“Okay,tapi pastikan bawa makanan sekali tau nanti”Ika sambil tersengih.

Zul pun meninggalkan Ika keseorangan sambil berlari keanak-anakan mencari ibu bapanya di hospital itu.Dia mencari satu persatu di koridor hospital itu tapi tidak jumpa.Dia terjumpa mereka di bilik Doktor Syukri sambil berbincangkan sesuatu.

“Bagus,dah jumpa mereka”

“Kamu maksudkan bahawa Zul tidak akan sembuh?”Tanya Ayah Zul(Encik Aiman) dengan penuh kesangsian kepada Doktor Syukri.

“Minta maaf saya kata kan tapi saya berharap awak berdua tidak putus harapan kepada Zul..saya berharap awak memahami keadaan ini kerana ubatnya tidak diketahui lagi dan ia menyukarkan kerja kami di sini..kami sedang berusaha untuk memulihkan Zul”

“Tapi doktor...hurmm,Zul ada berapa lama untuk hidup???”Encik Aiman tanya dalam keadaan serba salah.

“Abang,jangan!”Puan Suraya(Ibu Zul) cuba melarang suaminya dari terus bertanyakan soalan itu.

“Tidak kita mesti mengetahui keadaan Zul sekarang”

“Saya faham perasaan Encik Aiman dan Puan Suraya...Okey,camniela kita mesti jaga pemakanan dan fizikal dia..kita mesti mengawalnya kerana jika tidak melakukannya..saya bimbang,jantung Zul tidak mampu untuk menahan pembesaran sama dengan fizikal badannya..dia hanya mampu bertahan sekurang-kurangnya dalam umur 20 tahun sahaja”

Apabila perkataan itu diucapkan…Bilik mula menjadi sunyi sepi…Doktor Syukri hanya tertunduk dengan Puan Suraya mula menangis teresak-resak di bahu Encik Aiman…Manakala pula Zul terkaku dengan kenyataan itu kerana ia menjadi satu tamparan hebat baginya dan apabila dia memaling mukanya kat belakang.kelihatan Ika ada di belakangnya sambil manik-manik dari mata Ika mula jatuh bergenang satu persatu di atas lantai ..Pada masa itu baru saya sedar…Tempoh percintaan saya ada tempoh waktu..tidak biar saya ulangi sekali lagi kata-kata itu,maksud saya adalah percintaan kami ada had batasan waktunya..

akan bersambung...
untuk mengetahui lebih lanjut perkembangan cinta Zul dan Ika tunggu update akan datang
ini adalah cerpen rasmi yang pertama berdasarkan kisah benar yang cuba ditonjolkan..agak-agak ok tak?x kiralah dalam pujian atau kutukan tue supaya saya dapat 'improve' kan lagi penulisan saya..n ia hanya suka-suka jer okey..
p/s:kalau nak bagi kutukan tue biarlah membina ok..hahaha..=)

No comments:

Post a Comment