Mengapa Wanita begitu Istimewa

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...chec k bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..

bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah atau pun belum berkahwin lagi... setiap wanita adalah istimewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

p/s:Suka dengan ceramah jumaat nie..ku sendiri tidak dapat menyangkal tentang kehebatan dan keunikan perempuan...maybe,that why they so difficult to understand right...hahaha...btw,kaum hawa bila dicipta di bumi semua hebat2..apalah kaum lelaki tanpa mereka....hoho..i love u mom,kakak saye,nenek saye,saudara seislam dan bakal isteri saye(opss yg nie plez ignore it..hahaha)Kaum lelaki pown ape kurangnye an ...=)

Mahathir dirawat di IJN

KUALA LUMPUR - Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) semalam bagi menjalani rawatan jangkitan pada dada beliau.

Bekas Perdana Menteri itu dimasukkan ke wad biasa kira-kira 6 pagi selepas mengadu demam dan batuk sejak dua hari lalu.

"Dr. Mahathir kini menjalani rawatan antibiotik dalam saluran darah dan fisioterapi dada," kata pembantunya, Sufi Yusoff dalam satu kenyataan semalam.

Dr. Mahathir, 85, yang juga Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana dijangka berada di IJN kira-kira seminggu.

Sufi berkata, doktor menasihati Dr. Mahathir agar tidak menerima sebarang pelawat kecuali ahli keluarga terdekat beliau.

Sumber:KOSMO

P/S:Mari sama-sama doakan supaya beliau cepat sembuh.





Segmen Khas ar-rifke | Jom Review Blog Bersama Aried!

Jom review blog bersama aried dengan hanya copy paste sahaja ayat ini! Sama-sama kita lihat siapa yang bertuah dan mereka yang dipilih akan direview habis-habisan! Cepat sebelum terlambat! Copy ayat pendek ini dan paste segera di blog anda! Pastikan anda tidak termasuk dalam 20 top blogger melayu ini agar peluang berharga ini dapat dirasai oleh blogger-blogger lain juga.


Jom Sama-sama review blog nie:)


Hukum Membeli dan Menjual Barang Tiruan

Barangan tiruan adalah barang yang telah diciplak, ditiru dan di copy tanpa izin pencipta dengan jenama yang sama dan pengguna tidak dapat membezakan yang mana original dan yang mana tiruan. Sekarang ini barangan tiruan bersepah dan banyak di pasaraya, pasar malam, kedai borong dan sebagainya.

Barangan tiruan ialah barang yang dicuri reka dari pencipta yang sebenar tanpa izin dan hal ini sama dengan masalah mencuri. Islam melarang umatnya mencuri, kerana mencuri itu adalah haram. Hadis Nabi yang bermaksud :

“Janganlah seorang dari kamu menjual atas barang jualan orang lain”

Fatwa dari Persatuan Ulamak Fiqh Sedunia dalam masalah ini ialah haram bagi sesiapa yang meniru barangan orang lain tanpa izin dari penciptanya. Barangan yang dimaksudkan di sini ialah barang yang menjadi hak cipta terpelihara.

Orang yang memprodukkan barangan tiruan seolahnya seperti mereka menipu pengguna dengan jenama yang diberikan. Contohnya baju kemeja yang diklon dari jenama yang terkenal tanpa izin dari penciptanya, kemudian produk tersebut dicopkan dengan jenama yang terkenal. Maka perkara ini merupakan penipuan yang nyata dan Islam sangat melarang umatnya menipu sepertimana Hadis Nabi yang bermaksud :

“Barangsiapa menipu kami, maka bukanlah dari golongan kami”

Masalah curi dan menipu ini sangat jelas dalam Islam dan ia merupakan perkara yang haram dan mungkar. Setiap perkara yang haram itu jelas dan tiada ragu-ragu dan setiap perkara yang halal itu juga jelas dan tiada ragu-ragu. Cari sumber rezeki yang halal dan jauhkan diri dari terlibat dengan perkara yang haram. Kerana rezeki yang haram akan menjadi darah daging kita dan keluarga kita. Rezeki yang haram juga akan membuatkan hati menjadi hitam dan benak untuk melakukan perkara-perkara yang makruf. Hati orang yang makan rezeki yang haram menjadi keras dan susah untuk dibentuk dan ditarbiah.

Carilah rezeki yang halal dengan penat lelah diri sendiri, kerana rezeki yang halal ini walaupun sedikit tetapi ia memperolehi keberkatan dari Allah. Orang yang makan perkara yang halal dan baik, mudah untuk dirinya dan keluarganya untuk mematuhi segala perintah dan larangan Allah. Bersyukurlah kepada Allah dengan rezeki yang diberikan kepada kita semua. Sesungguhnya Allah telah menentukan rezeki kepada setiap manusia. Kuat doa, usaha dan tawakal maka banyaklah rezeki yang diperolehi oleh kita. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang Yang beriman! makanlah dari benda-benda Yang baik (yang halal) Yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.” (Al-Baqarah : 172)

“Oleh itu, makanlah (Wahai orang-orang Yang beriman) dari apa Yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda Yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.” (An-Nahl : 114)



Oleh:Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal

http://www.ustaznoramin.com

Tuntasnya,kat mana-mana banyak jer kan barangan palsu yang dicetak rompak seperti barang berjenama mahupun tanpa kita sedari telah disalah guna oleh sesetengah pihak..Zaman sekarang macam-macam boleh buat maklumlah zaman canggih-manggih dengan teknologi dan internet lagi..semuanya di jari penunjuk anda jesiap boleh touch screen lagi..hehe..Nasihat nya-sebaik-baik belilah yang ORIGINAL jangan beli CETAK ROMPAK(macam cd lak) kerana kasihanlah orang-orang yang mencipta barangan itu..Jika kita ada HAK PENGGUNA,mereka juga ada HAK CIPTA mereka sendiri.Lagipun bagi saya barangan Asli 3 kali ganda lebih bagus dan berkualiti daripada yang palsu.Jangan kita main dengan hukum dalam ISLAM.Yang haram adalah haram,jangan sesuka hati pulak nak menghalalkannya walaupun dah termaktub dalam al-quran dan hadis ok...Akhir sekali ingatlah orang yang tersayang....=)

Episod 1:Diari Semalam

Cinta memberi rasa suka dan duka,
Tetapi Cinta aku dan dia hanyalah Sementara.

19 Disember 2002

Orang kata cinta itu buta,betulkah cintu itu buta tapi menapakah tidak pekak dan bisu.Orang kata cinta itu datang dan pergie dan sukar ke berkekalan ke syurga tapi mengapakah banyak yang putus di tengah jalan.Itu orang katalah tapi bagi saya sepanjang alam percintaan saya mempunyai had batasan masanya. Yang jauh lebih pendek masanya berbanding orang lain.Oleh itu,saya tidak mempunyai banyak ruang untuk membazir masa..Saya mahu sepanjang kehidupan ini penuh dicerahi oleh cahaya matahari di waktu pagi dan cahaya bulan di waktu malam untuk kehidupan ini…Saya yang dikenali sebagai Zul mengetahui perkara ini apabila sejak berumur 10 tahun lagi.Pada waktu itu saya bermain-main dengan anak Doktor Syukri iaitu Ika yang lebih tua 2 tahun di Hospital Besar KJ..


“Wow,Menakjubkan!!!jantung awak berdetak dengan cepat”jelas Ika sambil check badan Zul.

“Tapi doktor Ika,saya tidak yakin”kata Zul

“Apa yang terjadie”tanya Ika

“Saya berasa takut dan terasa sakit di dada saya kadang-kadang”

“Itu kelihatan teruk.Mari sini untuk saya periksa keadaan anda,tolong tanggalkan pakaian anda sekarang”Ika pun cuba menanggalkan baju Zul.

“Tunggu sekejap.kenapa?Apa yang kamu nak periksa saya”Zul menepis tangan Ika sambil meronta-ronta melepaskan pegangan Ika.

“Tanggalkan je…Saya kan doktor..saya dah biasala untuk mengawal situasi sebegini..Jadi tanggalkan je ok”sambil memegang jarum untuk mencucuk Zul.

“jururawat!jururawat!tolong2”

Tiba-tiba

“Ika,lihat disana ada bunga api la”Zul menunjuk di luar jendela.

Mereka terus berlari menuju ke luar hospital dan bersama-sama menikmati pemandangan itu.

“Wah!cantiknya kan Zul..ia berwarna-warni”Kata Ika.

“Ye,Ika.Kejap,saya mahu mencari ibu bapa saya untuk tangkap gambar ini,tunggu saya sekejap ok”

“Okay,tapi pastikan bawa makanan sekali tau nanti”Ika sambil tersengih.

Zul pun meninggalkan Ika keseorangan sambil berlari keanak-anakan mencari ibu bapanya di hospital itu.Dia mencari satu persatu di koridor hospital itu tapi tidak jumpa.Dia terjumpa mereka di bilik Doktor Syukri sambil berbincangkan sesuatu.

“Bagus,dah jumpa mereka”

“Kamu maksudkan bahawa Zul tidak akan sembuh?”Tanya Ayah Zul(Encik Aiman) dengan penuh kesangsian kepada Doktor Syukri.

“Minta maaf saya kata kan tapi saya berharap awak berdua tidak putus harapan kepada Zul..saya berharap awak memahami keadaan ini kerana ubatnya tidak diketahui lagi dan ia menyukarkan kerja kami di sini..kami sedang berusaha untuk memulihkan Zul”

“Tapi doktor...hurmm,Zul ada berapa lama untuk hidup???”Encik Aiman tanya dalam keadaan serba salah.

“Abang,jangan!”Puan Suraya(Ibu Zul) cuba melarang suaminya dari terus bertanyakan soalan itu.

“Tidak kita mesti mengetahui keadaan Zul sekarang”

“Saya faham perasaan Encik Aiman dan Puan Suraya...Okey,camniela kita mesti jaga pemakanan dan fizikal dia..kita mesti mengawalnya kerana jika tidak melakukannya..saya bimbang,jantung Zul tidak mampu untuk menahan pembesaran sama dengan fizikal badannya..dia hanya mampu bertahan sekurang-kurangnya dalam umur 20 tahun sahaja”

Apabila perkataan itu diucapkan…Bilik mula menjadi sunyi sepi…Doktor Syukri hanya tertunduk dengan Puan Suraya mula menangis teresak-resak di bahu Encik Aiman…Manakala pula Zul terkaku dengan kenyataan itu kerana ia menjadi satu tamparan hebat baginya dan apabila dia memaling mukanya kat belakang.kelihatan Ika ada di belakangnya sambil manik-manik dari mata Ika mula jatuh bergenang satu persatu di atas lantai ..Pada masa itu baru saya sedar…Tempoh percintaan saya ada tempoh waktu..tidak biar saya ulangi sekali lagi kata-kata itu,maksud saya adalah percintaan kami ada had batasan waktunya..

akan bersambung...
untuk mengetahui lebih lanjut perkembangan cinta Zul dan Ika tunggu update akan datang
ini adalah cerpen rasmi yang pertama berdasarkan kisah benar yang cuba ditonjolkan..agak-agak ok tak?x kiralah dalam pujian atau kutukan tue supaya saya dapat 'improve' kan lagi penulisan saya..n ia hanya suka-suka jer okey..
p/s:kalau nak bagi kutukan tue biarlah membina ok..hahaha..=)

Kereta api unik untuk masa depan

Pernahkah anda melihat kereta api yang sungguh unik ini?Negara Jepun memang terkernal dengan penyelidikan dan ciptaan mereka yang menakjubkan kan  canggih dan unik seperti kereta api di bawah ini:

KERETA API unik yang dicipta oleh para penyelidik di Universiti Tohoku, timur laut Jepun baru-baru ini. 


TOKYO - Para penyelidik di Universiti Tohoku, Sendai, di timur laut Jepun yang diketuai Yusuke Sugahara berjaya mencipta prototaip sebuah kereta api unik yang terapung, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Kereta api itu mempunyai sayap dan ia kelihatan seperti kenderaan antigraviti dalam filem Star Wars, Landspeeder.
Sayap pada kereta api itu akan membantu kenderaan unik tersebut bergerak pada kelajuan yang tinggi. - Agensi

Sumber Kosmo

I am Back!!!

Assalaimualaikum w.b.t dan ape khabar semua...
Dah lame rasenye membiarkan blog ini jadi terbiar jer....sawang labah-labah pown dah merate-rate...hahaha..hampir 1 sem aku memfokuskan dirie untuk studi(betul kew niw)....hehe..sebenarnya dirie ini takla sesibuk yang disangke..maybe,becoz banyak dugaaan dan rintangan di sem 2 ini...sibuk dengan final exam lagie.....hoho...banyak benda yang terjadi sem 2 tidak kira la POSITIF mahupun NEGATIF(tapi kate mak ambik jer positif n yang negatif tu buang jauh-jauh)...maybe sem 2 nie nampak tough sket kot..betulla kate orang nak berjaya tue nampak senang tapi nak mengekalkannye menyebabkan munculnye unsur-unsur luar  yang tidak menyenangkan dan munculnye pressure dalam dirie...aishh,aku bernasib bek setakat ini boleh mengawal ia dengan bek walaupun sebenarnya kadang2 terlepas almaklumla saya ini juga manusia biase tapie  itulah yang mendewasakan dan mematangkan lagi dirie aku ini sekarang...belajar dari kesilapan itu penting,manusia tidak pernah dapat lari dari kesilapan an walaupun di hujung dunia mahupun kutub utara dan selatan...mahupun di planet zuhal dan marikh...haha.seperti dikatakan sebelum ini nak berjaya mestila FOKUS an dan berusaha ke arah tue annn...orang tak kan berjaya dengan duk relax jer pastu tup..tupp dapat 4 flat...ehhh,orang macam nie ppown kene mari kelas walaupun die tidow dalam kelas ok...hehe..Islam juga sendiri menyarankan supaya mencari ilmu...betapa pentingnye ILMU dalam kehidupan ini...eh3,dah cukup2 membebel..haha...berbalik pada yang asal,memang dah terase nak update blog dulue....tapi masa tidak mengizinkan dengan bb nye tak berbayar becoz ape gunenye kemudahan wifi yang free kalau tak diigunakan sebaik-baiknye an....hahaha....tak lame dah nak dapat result 25 hb nie pade pukul 9 pagie...terase kehangatan dan debarannye,betapa hebatnye aura pade mase itu...aku dah cube dan lakukan yang terbaik kali ini...harap-harap aku mendapat REWARD untuk itu dengan keputusan yang bagus...SEM 3 juga akan bermula nanti...perghhh,kejap gilerr cutie...tak bleh arr nak  main-main lagi..nak lepak ngan kawan2..becoz masing2 sibuk dengan kerja sendiri...tak kisahla,as long mereke cuba mencapai kejayaan itu aku sentiasa support dan mendoakan KEJAYAAN kawan-kawanku(termasuk korang la tu k)..pengorbanan memang diperlukan dalam belajar...terima kasih untuk semua yang support dari belakang terutamanya family n kawan-kawan...hehe...i always appreciate it..jangan risaww,aku akan sentiasa fokus untuk terus berjaya dan memajukan diri dalam hidup inie(walaupun banyak men2...haha)...AKU akan sentiasa pandang depan,dah tak nak tengop belakang t eksiden lak...hahaha....konklusinya,sabar itu separuh dari iman...eh3,lari dari tajuk lagie...i mean kalau nak mencapai sesuatu kejayaan itu,kejayaan tidak akan datang bergolek di depan mata anda..tapie,anda mesti mencapainye dengan USAHA sendiri..anda mesti bersabar tahap maksimun la untuk mengecepinya..haha..Usaha kan tangga kejayaan..korang ada cara sendiri untuk berjaya begitu juga aku(i am also have my own way)...orang lain boleh berjaya mengapa anda tidak boleh mengecapinye..renung-renungkan lah....=)



Tolong ingatkan aku

Assalamu'alaikum sahabatku
nak mintak tolong sikit boleh tak?

tolong ingatkan aku
andai aku terlupakan Tuhan
dalam kelapangan dan kesibukan
dalam kesenangan dan kesusahan

tolong ingatkan aku
jangan jadi anak derhaka
mak ayah dilupakan jangan
usah diluka hati dan perasaan

tolong ingatkan aku
supaya ingat pesanan guru
bukan sekadar peringatan
tapi tarbiyah berpanjangan

tolong ingatkan aku
dengarlah dan bacalah al-quran
tika radio penuh hiburan
tika tv penuh hindustan

tolong ingatkan aku
di mana islamnya zahirku
jika aurat didedahkan
disingkat, diketat dan dijarangkan (untuk muslimah
jer)

tolong ingatkan aku
jadilah sahabat yang baik
sentiasa memberi peringatan
sentiasa menerima teguran

tolong ingatkan aku
kalau bercinta biar keranaNya
dalam memilih utamakan Iman
kelak ikatan dihindari syaitan

tolong ingatkan aku
hidup ini satu kembara
kutiplah mutiara dalam perjalanan
moga di sana menjadi bekalan

tolong ingatkan aku
diri ini milik Yang Kuasa
kepadaNya jiwa diserahkan
segala-galanya Dialah tumpuan

tolong ye ingatkan aku...
terima kasih, wassalam.=)

Seminggu,7 Hari,168 Jam,10080 minit,604800 saat

Pejam celik..pejam celik..pejam celik dah seminggu aku di sini...sepanjang di sem baru nie macam-macam perkara telah terjadi tanpa aku sedari jugak....haha..dan hampir seminggu jugak aku pergi kelas lebih awal dari biasa berbanding sem lepas dengan bertolak lebih awalnya kerana jarak jauh kolej dan kelas yang pasti menguji mental+fizikal diri ini(boleh jadi atlit jarak jauh nie)...apakah daya aku hanya menerima dan redha dengan ketentuan pihak UiTM....haha..tapi bersyukurla an sekurang-kurang aku mempunyai penempatan berbanding orang lain lagi-lagi penduduk di Afrika tue(jauh sungguh imaginasi)...aku sentiasa berharap bila start masuk kelas itu,lecturer yang aku dapat semuanya bagus-bagus dan terbaekla untuk sem ini(dan lecturer sem nie memang terbaekkk)....hehehe...seperti hajat dan harapan aku sebelum ini,aku harap diri ini tak 'down' dan berputus asa untuk score seperti sem lepas...aku sentiasa berharap orang di sekeliling aku support diri ini(itulah membuat aku semakin kuat)...ALHAMDULILLAH,keluarga,kawan-kawan dan sape-sapela setakat nielah yang membuat aku tabah untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran di sini...terima kasih semua tapi kadang-kadang adae jugak sesetengah orang tak berpuas hati dengan sikap,perbuatan dan  banyak lagilah tentang kita an...ada aku kesah ke??tak kot,selagi aku membuat perkara yang betul dan benda yang disukai oleh ALLAH...maybe,i will just go on jerrr..kenapa kita nak kisah pandangan orang lain kan jika kita sendiri mengetahui sape betol...kadang-kadang kita tidak boleh memuaskan hati semua orang...jadi,apa kata kita puaskan hati diri sendiri dulue.itulah yang dapat menggembirakan kita an..tak yah nak sedih-sedih...lagipun,perjalanan aku masih jauh lagi kot,ini pun baru titik permulaan bagi aku...siapa tahu masa depan kan??mesti banyak cabaran dan rintangan yang menanti tanpa diduga...tapi aku pasti cuba yang terbaek dan berusaha untuk menghadapinya walaupun sesukar manapun halangan itu pasti tidak akan mampu melawan semangat perjuangan aku ini...now it begin,smile alwaz :)

Facebook akan DITUTUP!


PALO ALTO, California - Khabar angin dalam kalangan pengguna Internet mengenai penutupan laman sosial popular Facebook kini tersebar luas terutamanya menerusi laman sosial Twitter, lapor sebuah akhbar semalam.
Antara mesej yang disampaikan oleh pengguna Twitter adalah seperti: "Facebook bakal ditutup pada Mac 2011? Saya harap tidak."
"Khabar angin adalah Facebook akan ditutup. Tolong jangan beralih kepada Twitter dan jangan rosakkan pengalaman jaringan sosial saya," kata @jjelksboss melalui Twitternya.
Terdapat juga kumpulan yang dibentuk di laman Facebook yang meminta agar laman sosial itu tidak ditutup dengan mesej: "Facebook akan ditutup pada 15 Mac 2011. Adakah terdapat cara lain untuk menghalangnya?"
Pada bulan lepas Yahoo telah mengumumkan bahawa Yahoo Video akan ditutup pada tarikh sama tetapi ia tidak bermaksud semua jaringan di Internet akan turut terhenti.
Dalam perkembangan sama akhbar Weekly World News melaporkan bahawa pengasas laman sosial itu, Mark Zuckerberg, 27, sedang menghadapi tekanan untuk terus menguruskan laman sosial tersebut.
"Facebook sudah di luar kawalan saya dan tekanan menguruskan syarikat ini telah mengganggu hidup saya. Saya perlu hentikannya untuk mengelakkan tekanan ini," jelas Zuckerberg dalam satu sidang media di luar pejabatnya di Palo Alto baru-baru ini.
Dalam satu temu ramah menerusi telefon Zuckerberg memberitahu: "Saya secara peribadi tidak menganggap ia sebuah keputusan besar. Secara jujurnya saya fikir ia (menutup laman Facebook) adalah untuk kebaikan. Tanpa Facebook orang ramai akan keluar dan berjumpa dengan rakan-rakan, itu adalah lebih baik."




"Saya tidak kisah mengenai wang. Saya hanya mahu kehidupan saya balik," kata Zuckerberg.
Akhbar itu melaporkan Naib Presiden Perhubungan Teknikal Facebook, Avrat Humarthi menjelaskan bahawa bermula 15 Mac ini pengguna tidak lagi akan dapat memasuki akaun Facebook dan meminta pengguna melakukan sesuatu agar semua gambar-gambar kesayangan tidak hilang.
"Seluruh laman web ini akan ditutup pada tarikh itu. Justeru, jika anda tidak mahu gambar-gambar di Facebook hilang, saya nasihatkan agar anda menyimpannya sebelum laman itu ditutup," jelas Humarthi.
Bagaimanapun, akhbar International Business Times melaporkan bahawa khabar angin itu hanya disebarkan melalui laman-laman blog dan tiada laporan daripada mana-mana akhbar arus perdana berhubung penutupan tersebut.
Menurut Lou Kerner dari firma Wedbush Securities, Facebook mempunyai lebih 600 juta pengguna di seluruh dunia dengan 300 pemegang saham. - Agensi
Sumber Kosmo

P/S:Jika benarlah facebook ditutup...apa reaksi korang?tapi setiap masalah pasti ada penyelesaiannya kan..ape kate kita beralih ke millatfacebook plak..hehe=)

10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Oleh ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka
solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak
memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi
petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh
Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji
dan mungkar."



Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat
menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu
hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."


Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan
perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan
solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu
seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Sem Baru Sudah Bermula

Wahhh,sedar tak sedar sudah kembalinya aku di sinie untuk sem baru..setelah sekian lama bercuti akhirnya saya tiba disinie dengan perjuangan yang baru....ehhh,maksud perjuangan baru becoz disaaat saya melangkah ke sini setelah hampir 2 bulan cuti saya ter'perasan' dengan beberapa perubahan disinie...nampak len dari yang len sketla bukan banyak pun..hehe...tapi yang perubahan besarnya adalah saya telah mendapat kolej yang baru tapi lebih jauh dari kolej yang dulue dalam lebih kurang 30 minit untuk ke kelas(wow!!yang sakit jantung jangan terkejut ok)..bahkan saya juga dapat semua roomate baru tapi satu kosla(so,dah kenal kottt dulue dan masih cuba membiasakan diri)..tapi besh la kot kerana nampak suasana di sini begitu nyaman di waktu pagi dengan kicauan burung,monyet bergayut sana sini dan kedengaran ibaratkan bunyi dari "AIR TERJUN"...haha...setiap benda mesti ada kebaikan dan juga keburukan kan jadi tak payahlah nak tahu keburukan kat sini ok....jadi,disinilah bermulanya perjuangan baru saya dengan tambahnya halangan ke kelas itu tak bermakna saya akan give up untuk mengejar target baru saya untuk sem ini(maybe lebih tough)....hari nie dah start kelas pada pukul 10 pagi jadi mestilah bertolak 9.30 pagi an...adoyyyy,awal sungguh tue..mesti letih lagi memenatkan...dengan itu,sepanjang percutian sem itu saya telah menguatkan diri sendiri dari segi fizikal mahupun mental..doakan saya yerr untuk terus melangkah ke hadapan...=)

Carta top 10 faktor seorang Jutawan! Oleh: Irfan Khairi

http://www.facebook.com/irfankhairi.fb
Menurut buku the Millionaire’s Mind tulisan Dr Thomas Stanley yang memuatkan survey yang dijalankan keatas beribu jutawan, terdapat 10 faktor kejayaan seseorang jutawan. Berikut adalah carta bermula dengan nombor sepuluh…

10. Kemahiran menjual produk dan idea sendiri

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kebanyakan jutawan datangnya dari bidang perniagaan. Sebagai usahawan, apa yang penting adalah kebolehan seseorang itu menjual produk dan idea mereka. Seringkali mereka adalah tergolong dalam orang-orang yang pandai berkomunikasi., terutamanya komunikasi dalam menjual produk, perkhidmatan dan juga idea sendiri.

9. Cekap dalam pengurusan

Mencapai tahap jutawan, bukanlah one-man-show. Sering kali memerlukan bantuan orang lain. Jutawan perlu cekap dalam menguruskan diri, perniagaan dan juga orang lain. Pengurusan yang cekap akan menentukan segala keraja berjalan dengan lancar.

8. Mempunyai semangat persaingan yang tinggi

Seringkali dalam mencapai kejayaan, kita perlu bersaing- sama ada dalam perniagaan atau dalam tangga koprat. Namun begitu, persaingan yang paling penting sekali adalah persaingan dengan diri sendiri, iaitu untuk mencapai kejayaan yang lebih daripada pencapaian kita sebelum ini setiap masa.

7. Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi

Hanya 2% sahaja daripada kita adalah ketua yang boleh memimpin. 2% itulah seringkali mereka yang berada teratas di dalam industri masing-masing. Pepatah berbunyi “Leaders are readers”, mereka yang memimpin selalunya banyak membaca untuk menambahkan ilmu dalam bidangnya tersendiri. Dengan ilmu, ia akan memudahkan kita mengurus dan mengetuai industri kita.

6. mencintai karier dan perniagaan

Tidak dapat dinafikan lagi, mereka yang bergelar jutawan sememangnya melakukan apa yang mereka suka. Tidak kira sama ada bekerja makan gaji ataupun menjalankan perniagaan, mereka adalah peminat setia kepada industri yang mereka jalani. Mencintai karier dan perniagaan masing-masing adalah bagaikan petrol yang tidak akan kontang bagi sebuah kereta. Keghairahan akan membawa kita mencapai kejayaan tanpa mengira penat lelah.



5. Bekerja lebih keras berbanding dengan orang lain

Orang keramaian menghabiskan masa kurang dari 50jam seminggu dalam karier atau perniagaan masing-masing. Mereka yang bergelar jutawan pula menghabiskan masa lebih daripada 50jam seminggu. Ramai yang sanggup bekerja sehingga 60-70jam atau lebih seminggu! Ini juga akibat daripada keghairahan yang dimiliki dalam karier atau perniagaan. Untuk mencapai jutawan, seseorang itu perlu keluar dari kepompong kebiasaan dan bekerja lebih keras berbanding orang lain.

4.Mempunyai pasangan hidup yang memahami dan menyokong

Pepatah mengatakan bahawa, behind every succesful man, there is a woman. Bagi anda yang memburu kejayaan, amat-amat penting mempunyai pasangan hidup yang benar-benar memahami dan memberi sokongan 110%. Sekiranya tidak, maka, usaha untuk mencapai kejayaan akan menjadi semakin sukar. Tidak kira sokongan daripada suami, isteri atau keluarga, sokongan adalah satu kemestian dalam membina keyakinan diri yang tegar tidak kira apa sahaja halangan yang bakal ditempuhi.

3.Mudah mesra dengan orang lain

84% kejayaan seseorang bergantung kepada mereka yang berada disekelilingnya, iaitu orang-orang lain. Untuk mencapai jutawan, seringkali perlu bantuan dari orang lain. Mempunyai personaliti mesra dengan orang lain akan memudahkan perhubungan sesama insan dan penerimaan orang lain atas diri kita. Ini sejurus membantu kita dalam mengembangkan rangkaian kenalan kita dengan lebih besar.

2. Berdisiplin

Selalunya kejayaan dicapai apabila kita adalah “boss”. Menjadi boss perlu disiplin yang kuat oleh kerana kita tidak mempunyai orang atasan. Sebagai contih, sekiranya menjalankan perniagaan, usahawan tidak perlu menjawab kepada sesiapa pun. Dirinya adalah boss kepada perniagaan sendiri. Tanpa disiplin, pastinya tidak dapat menguruskan perniagaan dengan betul dan lancar. Orang ramai sering mengaitkan menjadi jutawan boleh banyak berehat dan bersantai. Tetapi, sebaliknya yang berlaku kerana sekiranya jutawan banyak berehat dan santai, bagaimana pula dengan karier dan perniagaan? Pastinya dengan lebih banyak pendapatan, maka lebih banyak tanggungjawab atas karier dan perniagaan. Maka disiplin diri adalah penting untuk memastikan segalanya berterusan.

1. Jujur dengan semua orang

Sifat jujur adalah sifat yang terpuji. Sifat tersebut disenangi oleh semua orang. Dengan menjadi jujur kepada mereka disekeliling kita, tak kira keluarga, kenalan, pelanggan atau rakan perniagaan, jujur adalah faktor utama dalam mencapai kejayaan sebagai seorang jutawan.

*****************

Pakar perniagaan Internet, personaliti TV & radio, Irfan Khairi mendedahkan kaedah sebenar memulakan perniagaan Internet dari rumah di acara 2-hari Revolusi Perniagaan Internet. Sertai Revolusi Perniagaan Internet bersama Irfan Khairi dan ketahui bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan Internet yang berjaya. Klik di sini untuk maklumat lanjut.