Showing posts with label kosmo. Show all posts
Showing posts with label kosmo. Show all posts

Mahathir dirawat di IJN

KUALA LUMPUR - Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) semalam bagi menjalani rawatan jangkitan pada dada beliau.

Bekas Perdana Menteri itu dimasukkan ke wad biasa kira-kira 6 pagi selepas mengadu demam dan batuk sejak dua hari lalu.

"Dr. Mahathir kini menjalani rawatan antibiotik dalam saluran darah dan fisioterapi dada," kata pembantunya, Sufi Yusoff dalam satu kenyataan semalam.

Dr. Mahathir, 85, yang juga Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana dijangka berada di IJN kira-kira seminggu.

Sufi berkata, doktor menasihati Dr. Mahathir agar tidak menerima sebarang pelawat kecuali ahli keluarga terdekat beliau.

Sumber:KOSMO

P/S:Mari sama-sama doakan supaya beliau cepat sembuh.





Kereta api unik untuk masa depan

Pernahkah anda melihat kereta api yang sungguh unik ini?Negara Jepun memang terkernal dengan penyelidikan dan ciptaan mereka yang menakjubkan kan  canggih dan unik seperti kereta api di bawah ini:

KERETA API unik yang dicipta oleh para penyelidik di Universiti Tohoku, timur laut Jepun baru-baru ini. 


TOKYO - Para penyelidik di Universiti Tohoku, Sendai, di timur laut Jepun yang diketuai Yusuke Sugahara berjaya mencipta prototaip sebuah kereta api unik yang terapung, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Kereta api itu mempunyai sayap dan ia kelihatan seperti kenderaan antigraviti dalam filem Star Wars, Landspeeder.
Sayap pada kereta api itu akan membantu kenderaan unik tersebut bergerak pada kelajuan yang tinggi. - Agensi

Sumber Kosmo