Tolong ingatkan aku

Assalamu'alaikum sahabatku
nak mintak tolong sikit boleh tak?

tolong ingatkan aku
andai aku terlupakan Tuhan
dalam kelapangan dan kesibukan
dalam kesenangan dan kesusahan

tolong ingatkan aku
jangan jadi anak derhaka
mak ayah dilupakan jangan
usah diluka hati dan perasaan

tolong ingatkan aku
supaya ingat pesanan guru
bukan sekadar peringatan
tapi tarbiyah berpanjangan

tolong ingatkan aku
dengarlah dan bacalah al-quran
tika radio penuh hiburan
tika tv penuh hindustan

tolong ingatkan aku
di mana islamnya zahirku
jika aurat didedahkan
disingkat, diketat dan dijarangkan (untuk muslimah
jer)

tolong ingatkan aku
jadilah sahabat yang baik
sentiasa memberi peringatan
sentiasa menerima teguran

tolong ingatkan aku
kalau bercinta biar keranaNya
dalam memilih utamakan Iman
kelak ikatan dihindari syaitan

tolong ingatkan aku
hidup ini satu kembara
kutiplah mutiara dalam perjalanan
moga di sana menjadi bekalan

tolong ingatkan aku
diri ini milik Yang Kuasa
kepadaNya jiwa diserahkan
segala-galanya Dialah tumpuan

tolong ye ingatkan aku...
terima kasih, wassalam.=)

Seminggu,7 Hari,168 Jam,10080 minit,604800 saat

Pejam celik..pejam celik..pejam celik dah seminggu aku di sini...sepanjang di sem baru nie macam-macam perkara telah terjadi tanpa aku sedari jugak....haha..dan hampir seminggu jugak aku pergi kelas lebih awal dari biasa berbanding sem lepas dengan bertolak lebih awalnya kerana jarak jauh kolej dan kelas yang pasti menguji mental+fizikal diri ini(boleh jadi atlit jarak jauh nie)...apakah daya aku hanya menerima dan redha dengan ketentuan pihak UiTM....haha..tapi bersyukurla an sekurang-kurang aku mempunyai penempatan berbanding orang lain lagi-lagi penduduk di Afrika tue(jauh sungguh imaginasi)...aku sentiasa berharap bila start masuk kelas itu,lecturer yang aku dapat semuanya bagus-bagus dan terbaekla untuk sem ini(dan lecturer sem nie memang terbaekkk)....hehehe...seperti hajat dan harapan aku sebelum ini,aku harap diri ini tak 'down' dan berputus asa untuk score seperti sem lepas...aku sentiasa berharap orang di sekeliling aku support diri ini(itulah membuat aku semakin kuat)...ALHAMDULILLAH,keluarga,kawan-kawan dan sape-sapela setakat nielah yang membuat aku tabah untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran di sini...terima kasih semua tapi kadang-kadang adae jugak sesetengah orang tak berpuas hati dengan sikap,perbuatan dan  banyak lagilah tentang kita an...ada aku kesah ke??tak kot,selagi aku membuat perkara yang betul dan benda yang disukai oleh ALLAH...maybe,i will just go on jerrr..kenapa kita nak kisah pandangan orang lain kan jika kita sendiri mengetahui sape betol...kadang-kadang kita tidak boleh memuaskan hati semua orang...jadi,apa kata kita puaskan hati diri sendiri dulue.itulah yang dapat menggembirakan kita an..tak yah nak sedih-sedih...lagipun,perjalanan aku masih jauh lagi kot,ini pun baru titik permulaan bagi aku...siapa tahu masa depan kan??mesti banyak cabaran dan rintangan yang menanti tanpa diduga...tapi aku pasti cuba yang terbaek dan berusaha untuk menghadapinya walaupun sesukar manapun halangan itu pasti tidak akan mampu melawan semangat perjuangan aku ini...now it begin,smile alwaz :)

Facebook akan DITUTUP!


PALO ALTO, California - Khabar angin dalam kalangan pengguna Internet mengenai penutupan laman sosial popular Facebook kini tersebar luas terutamanya menerusi laman sosial Twitter, lapor sebuah akhbar semalam.
Antara mesej yang disampaikan oleh pengguna Twitter adalah seperti: "Facebook bakal ditutup pada Mac 2011? Saya harap tidak."
"Khabar angin adalah Facebook akan ditutup. Tolong jangan beralih kepada Twitter dan jangan rosakkan pengalaman jaringan sosial saya," kata @jjelksboss melalui Twitternya.
Terdapat juga kumpulan yang dibentuk di laman Facebook yang meminta agar laman sosial itu tidak ditutup dengan mesej: "Facebook akan ditutup pada 15 Mac 2011. Adakah terdapat cara lain untuk menghalangnya?"
Pada bulan lepas Yahoo telah mengumumkan bahawa Yahoo Video akan ditutup pada tarikh sama tetapi ia tidak bermaksud semua jaringan di Internet akan turut terhenti.
Dalam perkembangan sama akhbar Weekly World News melaporkan bahawa pengasas laman sosial itu, Mark Zuckerberg, 27, sedang menghadapi tekanan untuk terus menguruskan laman sosial tersebut.
"Facebook sudah di luar kawalan saya dan tekanan menguruskan syarikat ini telah mengganggu hidup saya. Saya perlu hentikannya untuk mengelakkan tekanan ini," jelas Zuckerberg dalam satu sidang media di luar pejabatnya di Palo Alto baru-baru ini.
Dalam satu temu ramah menerusi telefon Zuckerberg memberitahu: "Saya secara peribadi tidak menganggap ia sebuah keputusan besar. Secara jujurnya saya fikir ia (menutup laman Facebook) adalah untuk kebaikan. Tanpa Facebook orang ramai akan keluar dan berjumpa dengan rakan-rakan, itu adalah lebih baik."




"Saya tidak kisah mengenai wang. Saya hanya mahu kehidupan saya balik," kata Zuckerberg.
Akhbar itu melaporkan Naib Presiden Perhubungan Teknikal Facebook, Avrat Humarthi menjelaskan bahawa bermula 15 Mac ini pengguna tidak lagi akan dapat memasuki akaun Facebook dan meminta pengguna melakukan sesuatu agar semua gambar-gambar kesayangan tidak hilang.
"Seluruh laman web ini akan ditutup pada tarikh itu. Justeru, jika anda tidak mahu gambar-gambar di Facebook hilang, saya nasihatkan agar anda menyimpannya sebelum laman itu ditutup," jelas Humarthi.
Bagaimanapun, akhbar International Business Times melaporkan bahawa khabar angin itu hanya disebarkan melalui laman-laman blog dan tiada laporan daripada mana-mana akhbar arus perdana berhubung penutupan tersebut.
Menurut Lou Kerner dari firma Wedbush Securities, Facebook mempunyai lebih 600 juta pengguna di seluruh dunia dengan 300 pemegang saham. - Agensi
Sumber Kosmo

P/S:Jika benarlah facebook ditutup...apa reaksi korang?tapi setiap masalah pasti ada penyelesaiannya kan..ape kate kita beralih ke millatfacebook plak..hehe=)

10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Oleh ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka
solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak
memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi
petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh
Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji
dan mungkar."



Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat
menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu
hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."


Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan
perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan
solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu
seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Sem Baru Sudah Bermula

Wahhh,sedar tak sedar sudah kembalinya aku di sinie untuk sem baru..setelah sekian lama bercuti akhirnya saya tiba disinie dengan perjuangan yang baru....ehhh,maksud perjuangan baru becoz disaaat saya melangkah ke sini setelah hampir 2 bulan cuti saya ter'perasan' dengan beberapa perubahan disinie...nampak len dari yang len sketla bukan banyak pun..hehe...tapi yang perubahan besarnya adalah saya telah mendapat kolej yang baru tapi lebih jauh dari kolej yang dulue dalam lebih kurang 30 minit untuk ke kelas(wow!!yang sakit jantung jangan terkejut ok)..bahkan saya juga dapat semua roomate baru tapi satu kosla(so,dah kenal kottt dulue dan masih cuba membiasakan diri)..tapi besh la kot kerana nampak suasana di sini begitu nyaman di waktu pagi dengan kicauan burung,monyet bergayut sana sini dan kedengaran ibaratkan bunyi dari "AIR TERJUN"...haha...setiap benda mesti ada kebaikan dan juga keburukan kan jadi tak payahlah nak tahu keburukan kat sini ok....jadi,disinilah bermulanya perjuangan baru saya dengan tambahnya halangan ke kelas itu tak bermakna saya akan give up untuk mengejar target baru saya untuk sem ini(maybe lebih tough)....hari nie dah start kelas pada pukul 10 pagi jadi mestilah bertolak 9.30 pagi an...adoyyyy,awal sungguh tue..mesti letih lagi memenatkan...dengan itu,sepanjang percutian sem itu saya telah menguatkan diri sendiri dari segi fizikal mahupun mental..doakan saya yerr untuk terus melangkah ke hadapan...=)

Carta top 10 faktor seorang Jutawan! Oleh: Irfan Khairi

http://www.facebook.com/irfankhairi.fb
Menurut buku the Millionaire’s Mind tulisan Dr Thomas Stanley yang memuatkan survey yang dijalankan keatas beribu jutawan, terdapat 10 faktor kejayaan seseorang jutawan. Berikut adalah carta bermula dengan nombor sepuluh…

10. Kemahiran menjual produk dan idea sendiri

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kebanyakan jutawan datangnya dari bidang perniagaan. Sebagai usahawan, apa yang penting adalah kebolehan seseorang itu menjual produk dan idea mereka. Seringkali mereka adalah tergolong dalam orang-orang yang pandai berkomunikasi., terutamanya komunikasi dalam menjual produk, perkhidmatan dan juga idea sendiri.

9. Cekap dalam pengurusan

Mencapai tahap jutawan, bukanlah one-man-show. Sering kali memerlukan bantuan orang lain. Jutawan perlu cekap dalam menguruskan diri, perniagaan dan juga orang lain. Pengurusan yang cekap akan menentukan segala keraja berjalan dengan lancar.

8. Mempunyai semangat persaingan yang tinggi

Seringkali dalam mencapai kejayaan, kita perlu bersaing- sama ada dalam perniagaan atau dalam tangga koprat. Namun begitu, persaingan yang paling penting sekali adalah persaingan dengan diri sendiri, iaitu untuk mencapai kejayaan yang lebih daripada pencapaian kita sebelum ini setiap masa.

7. Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi

Hanya 2% sahaja daripada kita adalah ketua yang boleh memimpin. 2% itulah seringkali mereka yang berada teratas di dalam industri masing-masing. Pepatah berbunyi “Leaders are readers”, mereka yang memimpin selalunya banyak membaca untuk menambahkan ilmu dalam bidangnya tersendiri. Dengan ilmu, ia akan memudahkan kita mengurus dan mengetuai industri kita.

6. mencintai karier dan perniagaan

Tidak dapat dinafikan lagi, mereka yang bergelar jutawan sememangnya melakukan apa yang mereka suka. Tidak kira sama ada bekerja makan gaji ataupun menjalankan perniagaan, mereka adalah peminat setia kepada industri yang mereka jalani. Mencintai karier dan perniagaan masing-masing adalah bagaikan petrol yang tidak akan kontang bagi sebuah kereta. Keghairahan akan membawa kita mencapai kejayaan tanpa mengira penat lelah.



5. Bekerja lebih keras berbanding dengan orang lain

Orang keramaian menghabiskan masa kurang dari 50jam seminggu dalam karier atau perniagaan masing-masing. Mereka yang bergelar jutawan pula menghabiskan masa lebih daripada 50jam seminggu. Ramai yang sanggup bekerja sehingga 60-70jam atau lebih seminggu! Ini juga akibat daripada keghairahan yang dimiliki dalam karier atau perniagaan. Untuk mencapai jutawan, seseorang itu perlu keluar dari kepompong kebiasaan dan bekerja lebih keras berbanding orang lain.

4.Mempunyai pasangan hidup yang memahami dan menyokong

Pepatah mengatakan bahawa, behind every succesful man, there is a woman. Bagi anda yang memburu kejayaan, amat-amat penting mempunyai pasangan hidup yang benar-benar memahami dan memberi sokongan 110%. Sekiranya tidak, maka, usaha untuk mencapai kejayaan akan menjadi semakin sukar. Tidak kira sokongan daripada suami, isteri atau keluarga, sokongan adalah satu kemestian dalam membina keyakinan diri yang tegar tidak kira apa sahaja halangan yang bakal ditempuhi.

3.Mudah mesra dengan orang lain

84% kejayaan seseorang bergantung kepada mereka yang berada disekelilingnya, iaitu orang-orang lain. Untuk mencapai jutawan, seringkali perlu bantuan dari orang lain. Mempunyai personaliti mesra dengan orang lain akan memudahkan perhubungan sesama insan dan penerimaan orang lain atas diri kita. Ini sejurus membantu kita dalam mengembangkan rangkaian kenalan kita dengan lebih besar.

2. Berdisiplin

Selalunya kejayaan dicapai apabila kita adalah “boss”. Menjadi boss perlu disiplin yang kuat oleh kerana kita tidak mempunyai orang atasan. Sebagai contih, sekiranya menjalankan perniagaan, usahawan tidak perlu menjawab kepada sesiapa pun. Dirinya adalah boss kepada perniagaan sendiri. Tanpa disiplin, pastinya tidak dapat menguruskan perniagaan dengan betul dan lancar. Orang ramai sering mengaitkan menjadi jutawan boleh banyak berehat dan bersantai. Tetapi, sebaliknya yang berlaku kerana sekiranya jutawan banyak berehat dan santai, bagaimana pula dengan karier dan perniagaan? Pastinya dengan lebih banyak pendapatan, maka lebih banyak tanggungjawab atas karier dan perniagaan. Maka disiplin diri adalah penting untuk memastikan segalanya berterusan.

1. Jujur dengan semua orang

Sifat jujur adalah sifat yang terpuji. Sifat tersebut disenangi oleh semua orang. Dengan menjadi jujur kepada mereka disekeliling kita, tak kira keluarga, kenalan, pelanggan atau rakan perniagaan, jujur adalah faktor utama dalam mencapai kejayaan sebagai seorang jutawan.

*****************

Pakar perniagaan Internet, personaliti TV & radio, Irfan Khairi mendedahkan kaedah sebenar memulakan perniagaan Internet dari rumah di acara 2-hari Revolusi Perniagaan Internet. Sertai Revolusi Perniagaan Internet bersama Irfan Khairi dan ketahui bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan Internet yang berjaya. Klik di sini untuk maklumat lanjut.